Ahad, 11 Julai 2010

jadual baru..


klik untuk lebih jelas

Selasa, 6 Julai 2010

Jadual waktu kuliyah SUU Tahun 1 Sem 2


sila klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas..

Khamis, 27 Mei 2010

SUBJEK BAGI TAHUN SATU SEMESTER II


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Cuti semester selama 3 bulan bakal menemui penghujungnya dan semester baru akan tiba. Rasa-rasanya result exam sem lepas dah keluar kan? Bagi yang berjaya mendapat pointer yang bagus, tahniah diucapkan tetapi bagi yang kurang memusakan, tak mengapa. Teruskan perjuangan anda hingga ke akhirnya dan perbaiki diri dan mutu belajar untuk semester seterusnya. Jangan mengalah!! Buktikan anda mampu memperolehi keputusan yang terbaik insyaAllah. Doa+ Usaha+ Iltizam+ Tawakkal. Kat sini saya sertakan subjek-subjek kita untuk semester II nanti. Semoga lagi bersemangat untuk tempuhi semester baru dengan semangat baru ye..

SUBJEK JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG TAHUN 1 SEM II 2010

  • BAHASA INGGERIS II
  • BAHASA ARAB II
  • TAHFIZ II
  • FIQH SEMASA
  • PENGHANTAR UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
  • PENGHANTAR SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
  • PENGHANTAR FIQH ISLAM
  • KAEDAH FIQH
  • AYAT DAN HADIS AHKAM




Ok... itu sahaja dan jika ada sebarang perubahan, nanti boleh rujuk dengan Ustaz Nizam sendiri. Jaga diri elok-elok dan semoga jumpa lagi di sesi lembaran baru. It's time to prepare ourself for the next sem.. ok.. ma'asslamah.. salam..



Rabu, 26 Mei 2010

DAKWAH DAN TARBIYAH PEMUDA ISLAM




TANGGUNGJAWAB AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR DIKALANGAN PEMUDA


Ana melihat fenomena pada zaman ini, ramai pemuda dan pemudi yang masih asyik dengan kelalaian dunia yang kini menjadi kegilaan para remaja. Pelbagai ideologi yang telah dicipta oleh para orientalis telah meresap ke dalam jiwa dan sanubari pemuda islam masa kini. Nampaknya hasrat Raja Lous selepas kekalahan tentera kristian dalam peperangan salib itu telah berjaya namun itu tidak menjadi sesuatu yang boleh melemahkan kebangkitan segolongan pemuda islam yamg masih lagi kuat dan teguh dengan Al- Quran dan sunnah serta meneruskan perjuangan islam di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya golongan itulah yang akan mendapat kejayaan.(surah ali-imran:104).


Jika dilihat dan diperhalusi sejarah kejayaan daulah islamiah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W, ramai dikalangan sahabat yang masih berusia remaja yang berani menegakkan islam dan berjuang demi agama islam. Mereka melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar tanpa rasa takut dan gerun biarpun pada ketika itu para sahabat masih baru memeluk islam dan mereka masih di awal keislaman selepas zaman jahiliah menyelubungi kehidupan mereka. Antara sahabat yang berani dan menyumbangkan segala-galanya demi islam di usia muda ialah Saidina Ali yang masih kecil menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Hijrah dan juga Asma’ yang merupakan seorang yang masih remaja dengan beraninya menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar di Gua Thur juga semasa peristiwa Hijrah. Mereka semua adalah golongan pemuda islam yang masih di usia remaja. Tetapi pabila kita melihat situasi dan keadaan pada masa kini, ramai dikalangan pemuda-pemudi islam yang kecundang malah menjadi punca kepada permasalahan atau isu keruntuhan akhlak pada zaman ini.


Jika dulu kita ketahui bahawa Saidatina Aisyah menjadi tempat rujukan kerana kepintaran dan kecergasan fikiran beliau, namun kini ramai dikalangan gadis-gadis yang berkeliaran di pusat membeli belah tanpa arah tujuan. Berkepit seperti dara dan teruna di selekoh-selekoh gelap. Bukan ana ingin mengata kaum ana sendiri, tetapi realitinya itu yang terjadi. Namun, bukan sahaja remaja perempuan tetapi tidak kurang pula masalah yang ditimbulkan dikalangan pemuda islam. Jika Saidina Ali gagah mengundang kuda di medan perang, namun pemuda islam sekarang dengan bangganya mengangkat motorsikal mengundang malang sambil melonjak girang “kamilah mat rempit Malaya!!”. Subahanallah, sepatutnya dilaungkan kalimah-kalimah mulia tetapi itu yang disebutnya. Jika tidak pun, kenapa tidak dilaungkan “kamilah mujahidin agama!!” Bukankah itu lebih mulia. Bimbang di hati ini apabila memikirkan masalah yang berlaku biarpun diri ini masih diperingkat umur yang membimbangkan kerana remaja pada masa kini menentukan generasi akan datang, Namun Alhamdulillah masih yakin di hati ini bahawa suatu hari nanti kemenangan itu akan tiba kerana itu janjiNya.


Jadi pada siapa harus kita persalahkan? Sahabat sebaya? Guru?(sensitif sket sebab ana bakal guru), ibu bapa? Kerajaan? Atau pihak NGO? Teringat pula suatu aktiviti yang dijalankan di KISAS dimana para fasilitator membahagikan kami semua kepada kelompok ini bagi menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak. Masing-masing menunding jari.Itulah sesi brainstorming namanya. Ana yang masih cetek pemikiran tentang masalah ummat (sekarang pun cetek lagi) juga tidak ambil peduli tentang dakwah dan tarbiah pada waktu itu tidak menganggap ianya suatu permasalahan yang penting. Berbalik kepada persoalan tadi, siapakan yang harus dipersalahkan? Sebenarnya tanggungjawab untuk menyedarkan dan menghalang segala masalah yang berlaku adalah bermula daripada diri kita sendiri. Sesungguhnya setiap muslim itu adalah seorang da’I biarpun dia seorang jurutera, guru, ibu bapa, peniaga hatta pengemis sekalipun. Dalam surah ali-imran ayat 110 telah dinyatakan bahawa kita semua yakni umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik dan tanggungjwab kita adalah untuk melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar. Pernah juga terdetik dihati bahawa ana ni tak layak untuk berdakwah kerana ilmu tak cukup dan diri pun tak lah sebagus mana. Lalu ana ditegur oleh seorang kakak.


“Enti tahu tak pada awal kedatangan islam selepas zaman jahiliah, adakah para sahabat itu berilmu sepertimana kita sekarang yang majoritinya sudah mengetahui cara untuk solat, mengaji dan sebagainya kerana kemudahan teknologi itu sendiri. Tetapi pada zaman awal penyebaran islam, nabi Muhammad S.A.W hanya menyatakan kepada mereka yakni sahabat-sahabat supaya mengetuk pintu-pintu rumah penduduk dan menyatakan kalimah lailahaillallah. Itu sahaja kerana pada zaman awal kedatangan islam masih tidak ada kewajipan untuk menunaikan solat dan ibadah yang lain. Dan para sahabat dengan beraninya pergi melaksanakan perintah baginda dengan beraninya. Jadi enti menyatakan bahawa enti masih tidak layak untuk menjadi seorang da’i? Akak malu untuk menyatakan hal seperti itu”


Hmm.. tertunduk ana dan sahabat-sahabat yang lain mendengar nasihat itu. Terasa satu tamparan hebat ke muka sampai dah tak tahu nak letak di mana muka menahan malu. Jadi jelas disini bahawa setiap daripada kita perlu melaksanakan amar makruf nahi munkar ini. Ana lebih fokuskan kepada sahabat-sahabat ana yang masih muda dan merupakan pemuda islam untuk menyedari hala ini. Jangan diletakkan tanggungjawab itu sekadar kepada orang yang ahli semata-mata kerana kita semua dan setiap daripada kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kita yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai khalifah dibumi Allah ini di akhirat kelak. Jadi antum fikirlah sendiri..



. Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.



Ayat di atas merupakan ayat dari surah An-Nur ayat ke 55. Waakhiran, ana harap coretan ana ini sedikit sebanyak membantu untuk menyedarkan para pemuda islam diluar sana tentang tanggungjawab kita kepada islam. InsyaAllah. Jika ada salah dan silap didalam coretan ana ini, harap dapat diperbetulkan. Syukran. Wasalam..



artikel dipetik dari Nurul Islam_Sensei

Jumaat, 12 Mac 2010

~salam perkenalan~

بسم الله هلرّحمن الرّحيم


السلام عليكم

Mari kita mulakan dengan tawaquf (membetulkan niat), INSYAALLAH.


Bitaufiq wannajah..

untuk sahabat2 dan diri ini..

juga kepada warga KIPSAS, serta semua yang membaca blog ini.


Moga kalian semua sihat dengan izin ALLAH..


Marilah kita bersama mengucapkan Alhamdulillah kepada Allah, tuhan Penguasa Sekalian Alam Yang terus memberikan nikmat kehidupan kepada kita..


Dengan izinnya dan inayahNya jualah kita mampu sampai kepada hari ini. Hari yang pada semalamnya kita masih belum pasti ada lagi untuk kita..

tapi alhamdulillah Allah masih memilih kita untuk terus berjuang di muka bumi pada hari ini.


Jika kita fikirkan berapa ramai yang tidak punya kesempatan yang sama dengan kita..malah keazaman mereka lebih kuat dari kita, juga mereka yang terlebih dahulu pergi dari kita..


Jadilah kita hamba yang bersyukur..bukan yang kufur..

jadilah kita orang yang pada hidup dan umurnya terdapat keberkatan, dan bukan sebaliknya..


Baiklah..tu nasihat untuk sahabat dan diri ana..untuk memulakan ukhuwah antara kitaizinkan ana berkongsi sesuatu yang boleh kita sama-sama fikirkan. INSYAALLAH

Hati tersentuh tatkala mata dan hati tertangkap pada maksud terjemahan dari ayat Allah dari surah At-Taubah, 122 pada entri pertama yang dicoretkan dalamdiari pemberian ustazah:

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”



Imtihan dunia, exam akhirat..

Belajar ibadat, bekalan akhirat..


moga musim menimba ilmu ini 'mentarbiyah' diri..

dan terus mendekatkan hati agar sentiasa taqarrub kepadaNya..


Dialah al-A'lim, yang menyajarkan apa yang kita tidak tahu..

dan orang2 yang berilmu (menimba ilmu dgn iman) sahaja yang akan takut kepada Allah..


BITAUFIQ WANNAJAH..

Moga Hidup Kita Di Dalam Redha ALLAH sentiasa! insyaAllah..


Salam perjuangan..salam ukhuwah

Selamat menimba ilmu kerana ALLAH.


"UTAMAKAN APA YANG LEBIH UTAMA"


by hand

~SEORANG SAHABAT~


'MOGA HIDUP KITA DI BAWAH RAHMAT ALLAH'